Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, March 25, 2011

Matlamat sebuah keluarga


Khutbah dari TGNA sekadar hiasan

Tajuk khutbah pada hari ni adalah matlamat sebuat keluarga. Khatib memberi penekanan tentang suami isteri perlu sedar apakah matlamat mereka membina keluarga. Suami perlu tahu bahawa menjadi ketua keluarga mempunyai tanggungjawab yang besar dan perlu dipenuhi.

Beliau membacakan ayat 34, surah An-nisak

Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.

Ingatan diberikan kepada suami supaya memimpin keluarga ke jalan yang diredhoi. Perkahwinan bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata. Ada amanah yang patut diambil kira dan dijaga sebaiknya. Firman Allah lagi :

Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka. (at-Talaq :6)

Tok khatib mengingatkan bahawa suami perlu menjadi pelindung dan menyediakan tempat kediaman yang sesuai bagi ahli kelurganya. Keseluruhan isi khutbah hari ini memberi peringatan kepada ahli Jumaat supaya ingat kembali matlamat asal pembinaan keluarga. Khutbah walaupun sekadar 30 minit tetapi jika dihayati isinya pastinya dapat memberi manfaat berguna.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008