Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, March 21, 2011

Pilih Mekanik atau Statistik ?


Matematik suatu yang mudah bagi yang meminatinya

Soalan yang biasa ditanya oleh pelajar Sains bagi mata pelajaran Matematik. Bagi Pelajar yang akan mengikuti lanjutan pelajaran Matematik di peringkat lebih tinggi (IPT) pastinya tercari-cari apakah yang patut dipilih sama ada Mekanik atau Statistik.

Di tahun 80-an, mekanik dan statistik merupakan pilihan pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik tambahan tapi silibus terkini mewajibkan belajar statistik dan sedikit mekanik dalam bab Motion. Bagiamanapun bila manyambung belajar di IPT, Matematik terbahagi kepada beberapa cabang dan kita perlu memilih antara ke-dunya.

Jika memilih Mekanik ianya lebih kepada kejuruteraan manakala statistik lebih kepada perangkaan. Maksudnya Mekanik menjurus kepada pelajar sambungan kejuruteraan dan statistik pula bagi pelajar perakaunan, ekonomi dan sebagainya.
Kalkulus salah satu cabang Matematik

Dalam mebuat pilihan mata pelajaran kursus adalah lebih baik menilai minat kita bila mempelajari antara keduanya. Jika kita memang meminati bab motion bermakna kita lebih cenderung kepada mekanik dan mendekati kejuruteraan.

Sebaliknya jika kita suka nombor-nombor dan graf seperti histogram, min, max, variant dan sebagainya bermakna kita lebih cenderung kepada statistik. Jadi pilihan terbaik ialah berdasarkan kecenderungan dan minat kita dalam bab apa kerana Matematik begitu luas dan pilihan anda menentukan hala tuju anda dalam memilih kerjaya kelak.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008